Cari:
Najib: China Labur RM2.4 Bilion dalam Sektor Perkilangan
2016-11-01 16:38:16 CRI Cetak

China merupakan pelabur kedua terbesar Malaysia dalam sektor perkilangan, dengan pelaburan sebanyak RM2.4 bilion dalam 20 projek perkilangan yang diluluskan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak Ketika menghadiri majlis makan tengah hari Forum Perniagaan Malaysia-China bertemakan "Memperkukuh Kerjasama, Membangun Peluang" yang dihadiri lebih 400 ahli perniagaan China dan Malaysia hari ini.

Beliau berkata, China terlibat dalam menyokong beberapa projek perdana yang akan memainkan peranan besar dalam transformasi Malaysia kepada status negara berpendapatan tinggi dan melepasinya. Walaupun ekonomi dunia berhadapan tempoh yang sukar, kerjasama Malaysia dan China semakin kukuh.

Najib yang kini dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke China sejak Isnin juga berkata, syarikat dari China telah banyak menyumbang kepada ekonomi Malaysia, seperti juga sumbangan syarikat Malaysia dalam pertumbuhan China. Beliau berkata, jumlah dagangan Malaysia dengan China juga meningkat dua peratus antara Januari dan Jun berbanding tempoh yang sama pada 2015.

Beliau berkata, berdasarkan hubungan perniagaan dan udara yang kukuh, hubungan perdagangan dan perniagaan antara kedua-dua negara dijangka bertambah makmur.

Sumber dari BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China