Cari:
Najib: Destinasi, Laluan Penerbangan Baharu China-Malaysia
2016-11-04 17:05:28 CRI Cetak

Dalam usaha menarik lebih ramai pelancong China, Malaysia memperkenalkan beberapa destinasi baharu dan laluan antara China dan Malaysia, dan satu platform e-dagang.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berkata demikian semasa melancarkan Pavilion Pelancongan Alitrip Malaysia yang dibangunkan dengan kerjasama China's Alibaba.com di Beijing pada petang 4 November.

Najib berkata, Malaysia Airlines akan mengadakan penerbangan di lapan destinasi baharu dan 11 laluan penerbangan baharu mulai Januari 2017. Ini diterjemahkan menjadi 35 kekerapan tambahan (penerbangan) antara Malaysia dan China.

Najib berkata antara laluan penghubung baharu itu adalah Nanjing, Haikou, Wuhan dan Fuzhou, dijangka berada di dalam laluan MAS dalam tempoh suku pertama tahun depan.

(sumber: Bernama Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China