Cari:
Najib Pulang Ke Malaysia Selepas Lawatan Yang Berjaya di China
2016-11-05 15:47:14 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pulang ke Malaysia pada 5 November setelah melakukan lawatan yang berjaya dalam meningkatkan hubungan Malaysia-China ke tahap lebih tinggi.

Pencapaian paling utama Najib dalam lawatan kali ini adalah menyaksikan pemeteraian 14 perjanjian berhubung beberapa projek ikonik dan mega bernilai RM144 bilion antara syarikat Malaysia dan China yang akan menyumbang kepada pertumbuhan sosio ekonomi Malaysia. Najib turut menyaksikan pemeteraian 14 Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan sektor pembinaan antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Najib mempunyai jadual padat dengan menghadiri mesyuarat serta majlis yang diadakan berturutan. Selain mengadakan mesyuarat delegasi dengan Presiden China Xi Jinping dan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Li Keqiang, beliau turut bertemu 33 Peneraju Industri China. Pertemuan beliau dengan hartawan internet China Jack Ma dimaktubkan dengan pelantikan Ma sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia, untuk membantu Malaysia dalam memacu langkah negara ke arah ekonomi digital.

(Sumber: Bernama Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China