Cari:
China Import Buah dari Filipina
2016-11-11 15:03:14 CRI Cetak
Presiden Dewan Perniagaan Bahan Makanan dan Keluaran Asli (CFNA) China, Bian Zhenhu semalam mengetuai satu delegasi ke Filipina, yang bertujuan untuk membincangkan urusan import buah-buahan dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Filipina.

Bian berkata, pihaknya ingin meneroka peluang perniagaan di Filipina dalam sektor hasil pertanian, terutamanya buah-buahan tropikal keluaran negara itu.

Selain membantu Filipina menembusi pasaran China, CFNA juga mahu pengusaha buah-buahan kedua-dua negara menjalinkan kerjasama yang lebih erat.

Difahamkan, sempena lawatan kali ini, lapan pembekal utama China bakal mengimport kira-kira 100 ribu tan buah-buahan termasuk pisang dan nanas dari negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China