Cari:
Timur Thailand Sasar Lebih Ramai Pelancong China 
2016-11-21 15:23:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) sedang mengambil pelbagai inisiatif bagi menyediakan kemudahan kepada pelancong China.

Demikian dinyatakan oleh pegawai Agensi Perwakilan TAT di Kunming, ibu kota Provinsi Yunnan baru-baru ini.

Menurut pegawai tersebut, China adalah antara sumber pelancong yang besar bagi Thailand.

Pelbagai destinasi pelancongan di timur Thailand, seperti Pulau Samet yang belum diketahui umum sebelum ini, semakin berjaya menarik kedatangan banyak pelancong dari China seiring dengan penambahbaikan infrastruktur pelancongan di sana.

Jumlah pelancong China ke Thailand dilaporkan meningkat hampir 20 peratus pada Januari hingga September tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China