Cari:
Lapan Maut dalam Konflik Myanmar
2016-11-22 13:49:28 CRI Cetak

Kerajaan Myanmar mengesahkan lapan orang maut, manakala 29 lagi cedera dalam konflik yang tercetus di utara negara itu Ahad lalu.

Pos polis dan tentera serta sebuah zon perdagangan penting di bandar Muse, negeri Shan telah diserang kumpulan bersenjata etnik minoriti awal pagi hari itu, yang menyebabkan sebahagian penduduk tempatan terpaksa melarikan diri ke provinsi Yunnan China.

Kedutaan Besar China di Myanmar menggesa pihak-pihak terbabit agar bertenang dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengembalikan semula keamanan di kawasan sempadan China-Myanmar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China