Cari:
Pertumbuhan Ekonomi Filipina Meningkat
2016-11-22 16:21:52 CRI Cetak

Menurut laporan terkini Agensi Pembangunan dan Ekonomi Filipina (NEDA), pertumbuhan ekonomi Filipina pada suku ketiga tahun ini mencecah 7.1 peratus, lebih tinggi berbanding dengan unjuran pasaran, iaitu 6.8 peratus, sekali gus meletakkan Filipina di barisan pertama dalam senarai ekonomi Asia.

Menurut Timbalan Setiausaha Jabatan Polisi dan Perancangan Filipina, kadar pertumbuhan tersebut menepati

unjuran NEDA, iaitu antara 6.3 peratus hingga 7.3 peratus, lebih tinggi berbanding dengan 7 peratus pada suku kedua tahun ini dan 6.2 peratus pada suku ketiga tahun lepas.

Tambah beliau lagi, sektor pertanian, yang merupakan antara fokus utama kerajaan, telah kembali pulih dan dijangka terus meningkat pada suku keempat tahun ini.

Sasaran kerajaan untuk mencatat enam hingga tujuh peratus dalam pertumbuhan ekonomi tahunan dijangka dapat dicapai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China