Cari:
Hubungan China-Filipina Masuki Tahap Baharu
2016-11-25 11:15:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Beberapa agensi kerajaan China termasuk Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan, Kementerian Perdagangan dan Kementerian Pertanian telah menghantar rombongan ke Filipina untuk mengadakan perbincangan susulan bagi melaksanakan persepakatan yang telah dicapai dalam tempoh lawatan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ke China.

Kedua-dua pihak telah mencapai hasil positif bagi mendorong kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pertanian.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media di Beijing semalam.

Jurucakap itu turut menyifatkan lawatan Presiden Duterte ke China pada bulan lepas sebagai amat berjaya kerana telah membawa hubungan dan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang ke satu tahap yang baharu.

Tambah jurucakap itu, China dan Filipina yang terletak berhampiran dari segi kedudukan geografi perlu lengkap-melengkapi dalam pembangunan ekonomi.

Selain itu, potensi kerjasama yang amat besar dalam bidang ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara juga perlu dimanfaatkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China