Cari:
Eksesais Aman Youyi 2016 Berakhir
2016-11-25 15:49:28 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Eksesais Aman Youyi 2016, latihan bersama antara Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berlangsung selama empat hari berakhir hari ini.

Majlis penutupan latihan ketenteraan bersama itu telah diadakan di Paya Indah Wetland, Selangor.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Strategi dan Pertempuran, Pejabat Ketua Turus PLA, Li Weiya ketika berucap dalam majlis penutupan itu berkata, latihan bersama yang telah diadakan dengan jayanya itu memperlihatkan keupayaan profesional anggota tentera China dan Malaysia di medan pertempuran.

Eksesais Aman Youyi kali ini melibatkan penyertaan 410 peserta, iaitu 215 anggota ATM dan 195 anggota PLA, selain 10 orang delegasi pemerhati yang dijemput khas dari Royal Thai Armed Forces bagi memberikan pandangan dan penilaian terhadap keberkesanan latihan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China