Cari:
Raja Thailand yang Baharu Bakal Naik Takhta
2016-11-28 14:22:49 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Raja Thailand yang baharu bakal menaiki takhta dalam masa yang terdekat ini.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha pada 25 November lalu.

Menurut akhbar Matichon Online Thailand, Prayut menyebut hal tersebut dalam ucapannya ketika menghadiri majlis anjuran dewan perniagaan dan perusahaan negara asing di Thailand pada hari berkenaan. Namun, beliau tidak memaklumkan tarikh sebenar upacara tersebut akan diadakan.

Pada hari yang sama, Pengerusi Dewan Perundangan Thailand, Pornpetch Wichitcholchai mengesahkan bahawa Dewan Perundangan dijadualkan mengadakan mesyuarat khas pada 29 November ini, namun tidak menjelaskan agenda mesyuarat tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China