Cari:
Sumbangan Kaum Cina kepada Kerjasama Persahabatan China-Malaysia
2016-11-28 15:12:54 CRI Cetak

Kaum Cina di Malaysia telah memberikan sumbangan yang positif kepada usaha-usaha untuk menggalakkan pertukaran dan kerjasama China-Malaysia dalam bidang ekonomi dan kebudayaan, di samping mengeratkan hubungan persahabatan kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan Naib Ketua Persatuan Pertukaran Luar Negara China, Wang Xiaoping ketika menyertai sesi temu bual dengan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Kuala Lumpur kelmarin.

Wang yang mengetuai rombongan Persatuan Pertukaran Luar Negara China ke Malaysia berkata, tujuan kerajaan China mengemukakan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) adalah untuk berkongsi hasil pembangunan dan kemajuan dengan negara lain. Beliau berpendapat bahawa Malaysia terletak di lokasi yang amat penting dan strategik dalam Laluan Sutera Maritim. Maka, Malaysia mempunyai kelebihan dan keistimewaan untuk mengambil bahagian dalam pembinaan laluan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China