Cari:
Peranti Letupan Ditemui di Kedutaan Besar AS di Filipina
2016-11-29 14:38:19 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pihak polis Filipina semalam mengesahkan bahawa satu peranti letupan telah ditemui di sekitar kawasan Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Filipina pada waktu pagi 28 November lalu. Walau bagaimanapun, bom tersebut berjaya diletupkan oleh pihak polis tanpa mengakibatkan sebarang kematian dan kecederaan.

Pada hari yang sama, pihak polis segera mengadakan sekatan jalan raya di jalan-jalan sekitar Kedutaan Besar AS di Filipina selepas menerima amaran terdapat satu bahan yang disyaki peranti letupan diletakkan di sekitar kedutaan tersebut. Jalan-jalan yang ditutup telah dibuka semula selepas peranti letupan itu berjaya diletupkan.

Ketua Polis Negara Filipina, Ronald dela Rosa dalam sidang media berkata, bom tersebut disembunyikan dalam satu tong sampah yang terletak berhampiran dengan kedutaan besar. Bentuknya sama seperti yang digunakan dalam serangan bom yang berlaku di bandar Davao pada bulan September tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China