Cari:
Thailand Promosi Pelancongan Berkualiti di China
2016-11-30 14:27:46 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kerajaan Thailand akan meningkatkan standard pasaran pelancongan negaranya bagi menarik kedatangan lebih ramai pelancong China.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Tanasak Patimapragorn berkata demikian ketika menghadiri majlis mempromosi "Pakej Pelancongan Berkualiti di Thailand" di bandar Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan, China pada 29 November lalu.

Majlis tersebut bertujuan untuk memperkenalkan dasar-dasar kerajaan Thailand dalam usaha menggalakkan pelancongan berkualiti tinggi, di samping membina platform antara agensi pelancongan China dengan Thailand.

Sebanyak 100 syarikat pelancongan dari Thailand turut menghadiri majlis promosi tersebut bagi meneroka pasaran pelancongan di Sichuan. Selain itu, terdapat hampir 500 agensi pelancongan di Chengdu dan wilayah di sekitarnya mengadakan rundingan dengan syarikat Thailand sempena majlis promosi kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China