Cari:
Konvoi Duterte Diserang
2016-11-30 14:14:48 CRI Cetak

Seramai tujuh pengawal peribadi Presiden Rodrigo Duterte dan dua lagi anggota tentera kerajaan tercedera dalam serangan hendap yang didakwa dilakukan oleh kumpulan pengganas ketika lawatannya ke selatan negara itu. Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital yang berdekatan.

Dimaklumkan, Presiden Filipina Rodrigo Duterte akan menghadiri majlis perasmian pusat serenti yang dibina di provinsi Nueva Ecija, di samping mengunjungi bandar Marawi untuk memeriksa keadaan tentera kerajaan yang sedang berperang dengan kumpulan bersenjata Maute.

Selepas dimaklumkan tentang serangan tersebut, Duterte tetap meneruskan rancangan asal, selain melawat askar-askar yang cedera.

Menurut Menteri Pertahanan Filipina Delfin Lorenzana, masih tiada bukti untuk mengesahkan bahawa sasaran serangan adalah pasukan pengawal peribadi Presiden, namun siasatan masih dijalankan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China