Cari:
Diplomat Kanan Indonesia Lawat Shanghai
2016-12-01 15:33:57 CRI Cetak

Kira-kira 19 orang diplomat kanan dan 5 pegawai pusat latihan pendidikan Indonesia bakal mengadakan lawatan ke Beijing dan Shanghai pada 4 sehingga 11 Disember ini. Kedutaan Besar China di Indonesia mengadakan majlis pelepasan di Jakarta semalam.

Lawatan ini adalah program latihan julung-julung kali yang dianjurkan bersama Kedutaan Besar China di Indonesia dan Pusat Latihan Pendidikan Kementerian Luar Indonesia. Para delegasi akan mendengar pengenalan tentang keadaan negara China dan inisiatif "Jalur dan Laluan (B&R)", di samping bertukar-tukar pendapat dengan para sarjana dan pakar serta bertemu dengan pemimpin Kementerian Luar China di Beijing. Selain itu, mereka juga akan diberikan taklimat tentang perkembangan ekonomi Shanghai dan mengunjungi zon perdagangan bebas Shanghai dan syarikat-syarikat tempatan yang terkemuka.

Ketika menyampaikan ucapan pada majlis pelepasan, Duta Besar China ke Indonesia Xie Feng berkata, seiring dengan perkembangan hubungan China dan Indonesia, diplomat kedua-dua negara perlu menyemai rasa saling memahami. Lawatan kali ini perlu dijadikan asas dalam pemantapan hubungan kerjasama dua hala bagi mendorong mekanisme lawatan peringkat tinggi diplomat Indonesia-China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China