Cari:
Pindaan Rang Undang-Undang 355 Malaysia Akan Diserahkan kepada Parlimen
2016-12-02 14:17:20 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui di Kuala Lumpur semalam bahawa UMNO dan parti pembangkang, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pernah membincangkan pindaan Rang Undang-undang 355, berkaitan Akta Mahkamah Syariah, Bidang Kuasa Jenayah 1965 serta bersetuju pengerusi PAS menyerahkan usul itu kepada Parlimen.

Ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, Najib sebagai Presiden UNNO menyatakan bahawa Barisan Nasional yang diketuai UMNO telah membuat ketetapan bersejarah tersebut selepas berunding dengan rakan-rakan dari PAS.

PAS pernah membentukan pakatan pembangkang dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Dalam pilihan raya umum yang diadakan dua kali yang terdekat, pakatan itu pernah mencapai kemenangan yang tidak pernah dicapai pada masa lalu. Namun, PAS mahu melaksanakan Rang Undang-undang 355 di negeri Kelantan yang mereka memerintah bahkan seluruh Malaysia sehingga berpecah dengan kedua-dua parti itu dan berundur dari pakatan tersebut.Kesediaan PAS mahu melaksanakan Rang Undang-undang 355 di seluruh Malaysia mengundang tentangan keras daripada kaum lain termasuk kaum Cina.

Najib juga meminta semua pihak jangan mempolitikkan isu pindaan Rang Undang-Undang 355 dan beliau meminda mereka yang bukan beragama Islam jangan bimbang kerana tidak akan tertakluk di bawahnya dan kerajaan sedang mengkaji dengan halus agar tidak berlakunya unsur penghukuman dualisme.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China