Cari:
Filipina Ucapkan Terima Kasih atas Tindakan Penyelamatan China
2016-12-03 14:23:47 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kerajaan Filipina mengucapkan terima kasih atas bantuan polis marin China yang berjaya menyelamatkan dua orang nelayan Filipina yang dilaporkan hilang sebelum ini di sekitar pulau Huangyan, Laut China Selatan pada 1 Disember lalu.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Presiden Filipina, Martin Andanar semalam.

Andanar berkata, Filipina mengucapkan terima kasih atas bantuan pasukan pengawal pantai China. Hal ini turut memperlihatkan hubungan Filipina dan China kembali semula ke landasan yang baik selepas lawatan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ke Beijing pada bulan yang lalu. Hubungan kedua-dua negara dinanti-nantikan dapat terus berkembang pada masa hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China