Cari:
Najib:Projek Berpemangkin Boleh Merangsang Lebih Banyak Perkongsian, Tingkat Daya Saing Negara
2016-12-07 17:21:21 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak percaya projek berpemangkin seperti Fastrackcity dan Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura bukan sahaja menarik lebih banyak perkongsian pada masa depan, tetapi juga merangsang daya tarikan negara di rantau ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Fastrackcity yang dianggap kejayaan besar dalam pembangunan industri sukan bermotor Malaysia, akan turut mewujudkan lebih banyak peluang kepada penduduk.

Menurut beliau, Fastrackcity adalah satu contoh pembangunan inovatif yang diperlukan negara untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Selain itu, Fastrackcity akan mewujudkan perniagaan dan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dalam pelancongan dan industri berkaitan seperti penyelenggaraan dan bengkel penalaan prestasi, hospitaliti dan runcit.

Ia juga akan melengkapkan trek Malaysia yang terkenal di dunia seperti Litar Antarabangsa Sepang, katanya dengan menambah, yang lebih banyak peluang baharu untuk bakal pelumba akan muncul dan akhirnya mewujudkan kumpulan bakat perlumbaan lebih besar untuk Asia dan ASEAN khususnya.

Najib juga memuji projek tersebut sebagai contoh kerjasama Malaysia-Singapura yang baik.

Tambahan pula, kata Najib, kedua-dua pihak bertekad untuk memupuk dan meraikan semangat kerjasama baharu ini, terutama yang memanfaatkan rakyat kedua-dua negara.

Fastrackcity yang akan dibangunkan di atas tanah seluas 120 hektar dijangka siap pada 2019.

Bandar raya sukan bermotor itu juga akan mempunyai trek perlumbaan 4.45 kilometer yang menerima penarafan Gred 1 daripada Persekutuan Automobil Antarabangsa, yang membolehkan perlumbaan F1 diadakan. –Sumber dari Bernama

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China