Cari:
Kofi Annan Akan Beri Cadangan bagi Penyelesaian Konflik Kaum di Rakhine
2016-12-07 12:15:05 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Suruhanjaya Penasihat Rakhine Myanmar akan menyerahkan cadangan jangka menengah untuk menyelesaikan konflik perkauman di daerah Rakhine Myanmar pada bulan Januari hingga Februari tahun 2017.

Bekas Setiausaha Agung PBB yang kini mengetuai Suruhanjaya Penasihat Rakhine, Kofi Annan yang sedang dalam rangka lawatan rasminya yang kali ketiga ke Myanmar berkata demikian di Yangon pada 6 Disember lalu.

Kofi Annan diundang menyandang jawatan pengerusi suruhanjaya tersebut pada bulan Ogos lalu. Beliau turut diberi tugas untuk membantu menyiasat dan menyelesaikan persengketaan perkauman di Rakhine.

Annan berkata, lawatan beliau ke Myanmar kali ini bertujuan untuk mendengar tuntutan, kebimbangan dan keprihatinan daripada pelbagai komuniti dan daripada pelbagai golongan yang berlainan umurnya di daerah Rakhine.

Ketika menyebut mengenai sama ada tentera Myanmar melakukan pembunuhan rasial terhadap masyarakat Rohingya di Rakhine, utara negeri itu, seperti dilaporkan sesetengah media antarabangsa, Pengerusi Suruhanjaya Penasihat Rakhine itu berkata, "penghapusan rasial" ialah tuduhan serius yang memerlukan semakan dan penentuan kehakiman, maka tidak boleh dilemparkan kepada mana-mana pihak sewenang-wenangnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China