Cari:
China, Indonesia Galakkan Pelaburan dan Perniagaan Dua Hala
2016-12-07 15:04:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sidang Kemuncak Usahawan China-Indonesia sempena Rundingan Perkongsian Maklumat Industri China (Zhejiang)-Indonesia telah diadakan di Jakarta pada 6 Disember lalu.

Wakil Kepala Badan Koordinasi Penanaman Modal Indonesia (BKPM) menyatakan bahawa Indonesia amat mengalu-alukan perusahaan dari China termasuklah yang dari provinsi Zhejiang untuk menjalankan pelaburan di Indonesia. Kedua-dua pihak yakin akan banyak peluang kerjasama dalam konteks pembinaan bersama "Jalur & LAluan" (B&R) pada ketika ini.

Pegawai China pula berkata, perusahaan China dan Indonesia boleh terus memperkasakan kerjasama dalam sektor tekstil, mekatronik, pertanian moden serta penerokaan sumber tenaga dan pembinaan prasarana pada masa hadapan.

Soegeng Rahardjo, Duta Besar Indonesia ke China dalam ucapan tahniahnya berkata, kedutaannya akan menyediakan perkhdimatan yang baik dan memberi kemudahan pelaburan dan perniagaan kepada perusahaan kedua-dua negara.

Majlis perasmian kedua-dua rundingan itu turut diserikan dengan kehadiran lebih 500 orang pegawai-pegawi, tetamu-tetamu sektor industri dan perdagangan serta usahawan dari China dan Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China