Cari:
Duterte Kembalikan Hukuman Mati
2016-12-08 16:43:42 CRI Cetak

Rang undang-undang hukuman mati diluluskan Jawatankuasa Kehakiman di bawah Dewan Perwakilan Filipina, semalam, dengan 12 undi menyokong, 6 undi menentang dan satu undi berkecuali.

Ia sebahagian daripada rancangan Presiden Rodrigo Duterte yang nekad mengembalikan hukuman mati sebagai bentuk hukuman bagi kejahatan-kejahatan seperti pengkhianatan, merogol, rompakan, pembunuhan dan pengedaran dadah apabila mula menjadi Presiden negara itu pada 30 Jun lepas.

Jika rang undang-undang tersebut diluluskan Kongres, hukuman mati yang dihapuskan oleh bekas Presiden Gloria Arroyo pada 2006 akan dikuatkuasakan semula bagi memastikan tiada kekacauan di seluruh negara dan menjanjikan neraka kepada penjenayah terbabit.

Sebelum ini, Duterte menegaskan, beliau memilih gantung daripada skuad menembak kerana tidak mahu membazir peluru dan percaya hukuman menerusi gantung lebih berperikemanusiaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China