Cari:
Tender Projek HSR KL-Singapura Mungkin Hujung 2018
2016-12-09 16:40:42 CRI Cetak

MyHSR Corporation Sdn Bhd., iaitu syarikat Malaysia yang ditugaskan membangunkan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) antara Malaysia dengan Singapura semalam mengumumkan bahawa kedua-dua negara dijangka membuat keputusan berhubung entiti yang akan diberi tender bagi sistem tersebut menjelang hujung 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal mengesahkan, tender bersama bagi sistem berkenaan akan dibuka pada suku keempat tahun depan.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berkata, perjanjian rasmi dua hala akan dimeterai minggu depan.

Perjanjian itu dijangka mendedahkan perincian kos dan struktur perkongsian keuntungan dalam projek berbilion dolar tersebut.

Dijadual siap menjelang 2026, rangkaian kereta api sejauh 350 kilometer itu akan menyingkatkan masa perjalanan antara Kuala Lumpur dengan Singapura kepada 90 minit.

(sumber MediaCorp Singapura)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China