Cari:
Hujan Lebat Jejaskan Sektor Pertanian dan Pelancongan Thailand
2016-12-12 11:51:01 CRI Cetak

Hujan lebat yang berlarutan sejak awal bulan ini telah menyebabkan 12 wilayah di selatan Thailand dilanda banjir.

Menurut laporan terkini yang diumumkan Kementerian Dalam Negeri Thailand, bencana tersebut telah mengorbankan 14 nyawa dan menjejaskan kehidupan kira-kira 580 ribu penduduk.

Selain itu, perkhidmatan dan kemudahan trafik seperti jalan raya, penerbangan dan feri turut tergendala akibat hujan lebat tersebut.

Landasan kereta api yang menghubungkan selatan Thailand dengan Malaysia juga terputus.

Selatan Thailand merupakan antara destinasi pelancongan yang terkenal. November merupakan musim puncak sektor pelancongan bagi negara itu, namun sektor berkenaan terjejas teruk akibat bencana alam tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China