Cari:
Rali Antarabangsa China-ASEAN 2016 Berakhir
2016-12-12 12:53:01 CRI Cetak

Rali Antarabangsa China-ASEAN 2016 berakhir di Jakarta semalam.

Dalam perlumbaan kali ini, hampir 100 peserta dari China dan negara-negara ASEAN telah memulakan perjalanan dari Nanning, China pada 23 November lalu dan merentasi lapan buah negara, iaitu Vietnam, Laos, Thailand, Myanmar, Kemboja, Malaysia, Singapura sebelum berakhir di Indonesia.

Jarak keseluruhan perjalanan kira-kira 10 ribu kilometer.

Rali pada tahun ini berbeza dengan tahun-tahun yang lalu kerana tidak tertumpu pada perlumbaan semata-mata, sebaliknya merangkumi aktiviti pertukaran kebudayaan, ekonomi dan perdagangan.

Naib Ketua Pengurus rali tersebut, Ma Jitong berkata, pihak penganjur turut mengadakan rundingan perniagaan, mempromosi projek taman industri dan mengadakan majlis pemeteraian kerjasama program pelancongan dan sukan antara China dengan ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China