Cari:
Vietnam Mulakan Persiapan Anjur APEC 2017
2016-12-13 13:01:52 CRI Cetak

Akhbar Vietnam Economy Times melaporkan bahawa Seminar Projek Keutamaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2017 telah diadakan di Hanoi.

Naib Perdana Menteri Vietnam yang juga Menteri Luar negara itu, Pham Binh Minh berkata, situasi global, khususnya situasi ekonomi sedang mengalami perubahan yang pesat, rumit dan sukar dijangka. Oleh itu, anggota APEC perlu bekerjasama untuk menghadapi situasi tersebut.

Vietnam berharap dapat memberikan sumbangan kepada forum APEC serta membawa keuntungan kepada korporat dan rakyat serantau.

Beliau menjelaskan empat isu utama perlu diatasi pada tahun depan, iaitu pertama melaksanakan persepakatan yang telah dicapai anggota APEC dalam usaha meningkatkan kualiti, kesalinghubungan, daya saing dan dorongan perdagangan, pelaburan serta perkhidmatan.

Kedua, pelbagai entiti ekonomi perlu terus menggalakkan pertumbuhan ekonomi serantau dan mencapai Matlamat Bogor menjelang 2020.

Ketiga, membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana untuk meningkatkan daya saing dan kreativiti, di samping mengambil bahagian dalam rantai nilai global.

Keempat, meningkatkan keselamatan bahan makanan dan pembangunan mapan sektor pertanian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China