Cari:
China Hulur Bantuan USD1 Juta kepada Aceh
2016-12-14 14:41:31 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang semalam berkata, kerajaan China akan menghulurkan bantuan sebanyak USD1 juta kepada Aceh yang dilanda bencana gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter pada 7 Disember lalu.

Menurut jurucakap itu, gempa bumi dahsyat itu telah mengakibatkan kematian, kecederaan dan kerugian besar di Aceh Indonesia.

Untuk membantu Indonesia melaksanakan usaha penyelamatan dan pembinaan semula pasca bencana, China bersedia untuk memberikan bantuan sebanyak USD1 juta.

Sementara itu, Persatuan Palang Merah China juga akan memberikan bantuan sebanyak USD100 ribu kepada Palang Merah Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China