Cari:
Permohonan Semakan Anwar Ditolak
2016-12-15 12:34:40 CRI Cetak

Mahkamah Persekutuan Malaysia berpendirian bahawa ti­dak berlaku salah laksana keadilan dalam rayuan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memerlukan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, disemak dan diketepikan.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata, keputusan panel terdahulu yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 adalah selamat kerana tidak dipengaruhi oleh pihak-pihak lain, termasuk Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Beliau yang mengetuai panel lima hakim bersidang berpenda­pat, hujahan pembelaan tiada me­rit apabila menyatakan bekas Ketua Pembangkang itu tidak diadili secara saksama apabila PMO bertindak mengedarkan kenyata­an media sejurus selepas keputusan diumumkan.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China