Cari:
Mesyuarat Kelab Diskusi Antarabangsa Valdai Rusia Diadakan di Singapura
2016-12-16 17:00:34 CRI Cetak

Kumpulan pemikir Rusia yang terkenal, Kelab Diskusi Antarabangsa Valdai mengadakan mesyuarat di Singapura pada 13 Disember lalu untuk membincangkan peranan Rusia dalam isu antarabangsa dengan pakar-pakar dari pelbagai negara.

Kelab Diskusi Antarabangsa Valdai merupakan platform kumpulan pemikir peringkat tinggi yang mendapat sokongan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Naib Ketua Persatuan Hubungan Antarabangsa Kebangsaan China (CNAIS) yang juga Ketua Akademi Pengajian Hubungan Antarabangsa dan Pembangunan Serantau Universiti Normal Timur China, Profesor Feng Shaolei merupakan ahli jawatankuasa penasihat antarabangsa kelab tersebut.

Beliau menyatakan bahawa sebagai pewaris Kesatuan Soviet, pengaruh Rusia dalam isu serantau perlu dikekalkan.

Meskipun Asia Tenggara telah menjadi antara rantau yang paling hangat di dunia pada masa ini dan para peserta hal ehwal rantau itu juga mempunyai pengaruh global yang besar, namun Rusia tetap mempunyai keunggulan tersendiri.

Ada yang berpendapat bahawa China dan Rusia bersaing ketika mengembangkan hubungan dengan ASEAN.

Setelah Donald Trump menjadi Presiden AS, proses pemulihan hubungan AS-Rusia juga akan membawa impak kepada hubungan China-Rusia.

Profesor Feng juga membantahkan bahawa persefahaman yang terjalin antara China dengan Rusia sukar untuk dibandingkan dengan hubungan bilateral yang lain.

Kedua-dua negara menjalinkan kerjasama yang erat di arena antarabangsa.

Rusia mempunyai keunggulannya dalam mengembangkan hubungan dengan ASEAN, manakala China pula telah menjadi tonggak utama di rantau ini.

Prospek kerjasama China-Rusia bukan sahaja amat cemerlang, bahkan akan menyumbang kepada kedamaian dan kestabilan di rantau Asia Pasifik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China