Cari:
Filipina, Singapura Tingkatkan Hubungan Bilateral
2016-12-16 14:26:47 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang sedang mengadakan lawatan ke Singapura, telah bertemu dengan Presiden Singapura, Tan Keng Yam dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong semalam.

Pemimpin kedua-dua negara bersepakat untuk terus meningkatkan hubungan bilateral.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Singapura, Tan Keng Yam dan Duterte berpendapat bahawa hubungan ekonomi dan perdagangan yang dinamik, pertukaran sosiobudaya dan hubungan rakan yang rapat dalam pertubuhan ASEAN merupakan sokongan kukuh bagi hubungan kedua-dua negara.

Mereka juga berpendapat bahawa Singapura dan Filipina perlu mengintensifkan kerjasama dalam bidang keselamatan.

Selain itu, Duterte dan Lee Hsien Loong telah bertukar-tukar pandangan tentang kerjasama bilateral di peringkat serantau dan antarabangsa.

Mereka bersetuju bahawa negara ASEAN perlu berganding bahu dalam menghadapi cabaran rentas sempadan seperti pemerdagangan manusia, pengedaran dadah dan keganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China