Cari:
Sistem Pembayaran Rentas Sempadan China-Thailand
2016-12-16 11:52:34 CRI Cetak

Bank Kasikorn Thailand memeterai perjanjian kerjasama dengan syarikat International Business Settlement (IBS) untuk membangunkan sistem pembayaran serentak rentas sempadan menggunakan jaringan penjelasan generasi baharu (NGSN).

Pengurus Bank Kasikorn Thailand, Banthoon Lamsam menyatakan bahawa China adalah antara rakan dagang terbesar bagi Thailand pada masa ini dan juga pelabur utama bagi negara tersebut.

Jumlah perdagangan antara Thailand dengan China dijangka akan mencatat THB2.3 trilion pada tahun 2016.

Sistem pembayaran serentak rentas sempadan tersebut dapat membaiki keberkesanan perbankan digital dan perkhidmatan pembayaran antarabangsa serta mengurangkan risiko dan kos pengiriman wang, selain menggalakkan perdagangan, pelaburan dan pelancongan antara kedua-dua negara dalam jangka masa panjang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China