Cari:
Suami Isteri Ditahan Rekrut Pengebom Bunuh Diri
2016-12-17 14:49:44 CRI Cetak

Polis Indonesia menahan seorang wanita yang dipercayai merekrut seorang pengebom bunuh diri untuk melancarkan serangan ter­hadap Istana Presiden negara itu.

Menurut jurucakap polis kebangsaan Indonesia, Martinus Sitompul, wanita yang tidak didedahkan nama­nya itu ditahan bersama-sama suaminya di bandar Tasikmalaya, Jawa Barat semalam.

Wanita itu disyaki merekrut pengebom bunuh diri. Walau bagaimanapun, pihak polis masih kurang pasti me­ngenai peranan suaminya dalam rancangan serangan itu.

Minggu lalu, polis Indonesia telah menahan empat orang yang didakwa mempunyai kai­tan dengan kumpulan pengganas Daesh.

Mereka ditangkap atas cubaan merancang satu lagi serangan pengeboman bunuh diri ketika majlis pertukaran pe­ngawal di Istana Presiden pada 11 Disember lalu.

Sumber: Utusan Online

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China