Cari:
China Berikan Lagi Bantuan Benih Padi kepada Filipina
2016-12-17 15:33:40 CRI Cetak

Kedutaan Besar China di Filipina semalam telah menyumbang lagi 10 tan benih padi kacukan kepada lebih 600 orang Filipina yang terjejas akibat bencana di Provinsi Aurora, tengah Pulau Luzon Filipina. Pakar padi juga telah memberikan latihan kepada kaum tani tempatan.

Gabenor provinsi Aurora, Gerardo Noveras dalam majlis penyampaian sumbangan di Baler berkata, musim kemarau ini masa terbaik untuk menanam padi. Benih sumbangan ini telah membantu mengatasi masalah kecemasan kaum tani tempatan.

Duta Besar China ke Filipina, Zhao Jianhua pula dalam surat ucapannya berkata, "kami penuh keikhlasan berharap sumbangan ini dapat membantu mangsa bencana membina semula kampung halaman mereka."

Pada 14 Disember lalu, China telah menyumbang 10 tan benih padi kacukan kepada mangsa bencana di provinsi Ilocos Norte, Filipina.

Filipina dilanda taufan Karen and Haima pada bulan Oktober lalu yang mengakibatkan kerugian besar sawah padi di provinsi Aurora.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China