Cari:
Operasi Taman Industri China-Malaysia Terajui Kerjasama Dua Hala
2016-12-19 15:06:35 CRI Cetak

Usaha bersama dalam mengoperasi taman industri bakal menjadi model baharu untuk menerajui kerjasama pelaburan antara Malaysia dengan China. Hal ini bakal membantu sektor korporat kedua-dua negara menerokai potesi pasaran di rantau ASEAN berdasarkan keunggulan industri masing-masing yang dilihat boleh saling melengkapi.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Syarikat Pembangunan Taman Industri Qinzhou China-Malaysia, Dato' Ong Chong Yi dalam Forum Pelaburan "Jalur dan Laluan" Malaysia-China di Beijing baru-baru ini.

Kata beliau, usaha bersama dalam mengoperasi taman industri antara kedua-dua negara ini amat selaras dengan sasaran inisiatif "Jalur dan Laluan" yang dikemukakan oleh China, iaitu merancakkan singeri dan kesalinghubungan dalam bidang polisi, infrastruktur, perdagangan, modal dan persefahaman rakyat. Selain itu, kerjasama dalam mengoperasi dua taman industri ini juga selaras dengan pelaksanaan baik rancangan transformasi ekonomi Malaysia mahupun gagasan "Pembuatan China 2025."

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China