Cari:
Brunei Alu-Alukan Pelaburan China dalam Industri Makanan Halal
2016-12-19 13:45:34 CRI Cetak

Naib Menteri Kewangan Brunei Darussalam, Dato Mohd Amin Liew menyatakan baru-baru ini, industri makanan halal di negaranya berpotensi tinggi. Pihaknya mengalu-alukan syarikat asing termasuk syarikat China melabur dalam sektor tersebut.

Menurutnya, makanan halal merupakan industri yang unggul di Brunei yang mempunyai mekanisme pengesahan yang lengkap dan ketat yang diiktiraf oleh majoriti negara-negara Islam. Syarikat-syarikat asing yang melabur di Brunei boleh menggunakan mekanisme tersebut untuk mengeksport makanan halal ke negara-negara Islam yang lain.

Brunei berharap mengadakan kerjasama yang erat dengan syarikat-syarikat asing termasuk syarikat China dalam bidang tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China