Cari:
Amaran Filipina Mahu Batalkan Perjanjian Ketenteraan dengan AS
2016-12-19 13:49:02 CRI Cetak

Rumah presiden Filipina semalam mengumumkan, ucapan Presiden, Rodrigo Duterte untuk memansuhkan Perjanjian Pasukan Tentera Pelawat Filipina-AS merupakan satu amaran sahaja, dan keputusan muktamad mengenai perkara itu masih belum dibuat.

AS baru-baru ini mengumumkan untuk menghentikan secara sementara sebuah rancangan bantuan kepada Filipina dengan beralasan isu hak asasi manusia di negara. Langkah tersebut menimbulkan kemarahan Presiden, Duterte. Beliau turut mengumumkan akan memansuhkan Perjanjian berkenaan sehingga memaksa pasukan tentera AS meninggalkan negaranya. Duterte sebelum ini pernah menyatakan, beliau enggan menampak penempatan pasukan tentera asing, tak kira AS, Kanada atau Australia di negaranya.

Setelah merdeka, Filipina, bekas negara jajahan AS, tetap mengekalkan hubungan persekutuan ketenteraan dengan bekas negara penjajahnya dalam tempoh masa yang panjang. Walaupun pembinaan pangkalan tentera asing dilarang dalam Perlembagaan Filipina, tetapi kedua-dua negara sudahpun menandatangani Perjanjian Pasukan Tentera Pelawat pada tahun 1998 yang mengizinkan pasukan tentera AS menyertai latihan tentera bersama di Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China