Cari:
Filipina Ketepikan Kes Timbang Tara Isu Laut China Selatan
2016-12-20 11:37:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte untuk mengetepikan keputusan kes timbang tara berhubung isu Laut China Selatan selaras dengan kepentingan asas rakyat China dan Filipina. Hal ini turut memperlihatkan kepercayaan politik dan persahabatan antara kedua-dua negara semakin meningkat.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam.

Jurucakap itu berkata, hubungan China-Filipina bertambah baik sejak Presiden Duterte melawat ke China pada bulan Oktober lalu. Kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang telah membuahkan hasil yang positif, di samping kepercayaan terus meningkat.

China bersedia berusaha bersama dengan Filipina untuk terus memupuk kepercayaan politik, menangani isu Laut China Selatan dengan baik dan mewujudkan pembangunan bersama.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China