Cari:
China Harapkan Kerjasama Polis Maritim Dengan Filipina
2016-12-20 15:11:22 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China berharap kerjasama dalam sektor polis maritim China-Filipina dapat memacu hubungan dua hala ke arah yang sihat dan stabil.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam.

Pihak polis maritim China dan Filipina telah mengadakan mesyuarat kali pertama untuk membuat persiapan bagi penubuhan Jawatankuasa Bersama Kerjasama Polis Maritim di Manila pada 15 dan 16 Disember lalu. Antara topik perbincangan antara kedua-dua pihak dalam mesyuarat itu termasuk membanteras kegiatan penyeluduhan dadah, perlindungan alam sekitar di laut dan operasi mencari dan menyelamat di kawasan perairan.

Jurucakap Kementerian Luar China ini turut menyifatkan kerjasama dalam sektor polis maritim tersebut sebagai salah satu gambaran kepada peningkatan dialog dan kerjasama antara kedua-dua negara, dan dilihat dapat membantu memupuk rasa saling mempercayai serta persahabatan.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China