Cari:
Mesyuarat Tiga Pihak Tentukan Lokasi Pencarian MH370
2016-12-22 11:21:50 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Abdul Aziz Kaprawi di Kuala Lumpur semalam berkata, Malaysia akan mengadakan mesyuarat tiga pihak bersama kerajaan China dan Australia bagi menentukan hala tuju lokasi pencarian bangkai pesawat MH370.

Aziz berkata kepada pemberita bahawa mesyuarat itu dijangka menetapkan tindakan selanjutnya dalam operasi mencari pesawat yang hilang itu.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) baru-baru ini, kawasan dasar laut di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebagai kawasan pencarian sebelum ini, berkemungkinan bukan merupakan tempat terletaknya bangkai pesawat MH370.

Sehubungan dengan itu, Aziz berkata bahawa pihaknya tidak dapat memberi sebarang komen berhubung laporan tersebut sehingga mesyuarat berkenaan diadakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China