Cari:
Brunei Rancang Bina SEZ Tarik Pelaburan Asing
2016-12-22 14:47:59 CRI Cetak

Brunei merancang untuk membina zon ekonomi khas (SEZ)bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing.

Pengarah Urusan Autoriti Moneteri Brunei Darussalam (AMBD), Awang Yusof semalam berkata, Brunei telah menawarkan pelbagai dasar keutamaan termasuk mengurangkan kutipan cukai kepada pelabur asing.

Di samping itu, Brunei komited membangunkan Pelabuhan Muara sebagai pelabuhan bertaraf antarabangsa untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Tambah beliau, Brunei memerlukan pelaburan China dalam segenap bidang. Pada masa ini, pelaburan China di Brunei melibatkan bidang prasarana, pelancongan, pertanian dan perikanan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China