Cari:
Jawatankuasa Kerjasama PKS China-ASEAN Ditubuhkan
2016-12-23 13:05:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Jawatankuasa Kerjasama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) China-ASEAN ditubuhkan di bandar Dezhou, provinsi Shandong, China pada 22 Disember lalu. Jawatankuasa itu bakal memainkan peranan sebagai wadah untuk memperkasakan kerjasama antara pengusaha PKS kedua-dua pihak.

Persidangan bagi menubuhkan jawatankuasa tersebut telah disertai oleh lebih 260 peserta, termasuk hampir 60 orang dari negara ASEAN.

Naib Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Thailand, Phairush Burapachaisri dalam persidangan itu berkata, jawatankuasa kerjasama PKS tersebut merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang tidak mengejarkan keuntungan. Ia kini terdiri daripada 40 orang wakil dari negara-negara serantau, dan menyasarkan untuk menerajui kerjasama antara PKS China dan ASEAN.

Tambah beliau, kerjasama PKS merupakan komponen penting dalam Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA). Jawatankuasa berkenaan akan melakukan usaha dalam merancakkan interaksi dan kerjasama antara PKS serantau.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China