Cari:
Hubungan China-Myanmar Berkembang Baik
2016-12-24 15:48:56 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi yang berada di Siem Reap, Kemboja untuk menghadiri Mesyuarat Menteri Luar Ke-2 Kerjasama Sungai Lancang-Mekong, menemui rakan sejawatnya dari Myanmar, Kyaw Tin.

Wang berkata, setelah peralihan kuasa di Myanmar pada tahun ini, hubungan antara China dengan Myanmar terus berkembang dengan stabil dan baik. Kerajaan baharu Myanmar menghargai hubungan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara dan mengamalkan dasar bersahabat terhadap China.

China bersedia memperkasakan kerjasama dengan Myanmar dalam pelbagai bidang. China menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah Myanmar dan bersedia terus memainkan peranan yang bersifat membina dalam proses perdamaian di negara itu.

Kyaw Tin pula berkata, pihaknya amat mementingkan hubungan dengan China. Myanmar bersedia meningkatkan ikatan persahabatan dengan China selain memperdalam kerjasama pragmatik. Beliau turut memuji usaha China dalam proses perdamaian Myanmar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China