Cari:
Pesta Laut Kemboja Dirayakan di Sihanoukville
2016-12-26 13:40:18 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pesta Laut Kemboja 2016 telah membuka tirainya di bandar Sihanoukville, Kemboja pada 24 Disember lalu.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam tempoh tiga hari pesta kali ini termasuklah sukan air dan pantai serta pameran budaya tradisional tempatan dan persembahan seni moden.

Dimaklumkan, seramai 500 ribu orang pelancong dari dalam dan luar negara tertarik untuk menyertai dalam aktiviti yang diadakan sempena pesta kali ini.

Thong Khon, Menteri Pelancongan Kemboja ketika diwawancara akhbar Renmin Ribao China menyatakan bahawa Kemboja merancang menarik seramai 1 juta orang pelancong Cihna untuk mengunjungi negaranya menjelang penghujung tahun 2017 dan akan berusaha meningkatkan angka ini mencecah 2 juta menjelang tahun 2020.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China