Cari:
Presiden Indonesia Tuntut Siasat Pencipta Khabar Angin dalam Talian
2016-12-26 13:07:08 CRI Cetak

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menyatakan pada 23 Disember Lalu bahawa khabar angin yang tersebar dalam talian mengenai terdapat 10 juta buruh warga China bekerja di Indonesia tidak berasas. Beliau turut meminta pihak polis menyiasat punca khabar angin itu. Serentak itu, Jokowi menyatakan angka 10 juta itu sememangnya sasaran kerajaan Indonesia untuk menarik pelancong China, manakala jumlah pekerja China di negara itu hanya mencatat 21 ribu orang.

Menurut laporan akhbar Bisnis Indonesia, Presiden Jokowi menyatakan bahawa jurang bezanya tahap gaji pekerja antara China dengan Indonesia amat besar, maka warga China berkemungkinan tipis memilih mencari peluang pekerjaan di Indoneisa. Sasaran kerajaannya adalah untuk menarik pelancong China, bukan buruh China. Jika kedatangan kebanyakannya bukan pelancong, melainkan buruh China, itulah masalah jabatan imigresen.

Sehubungan dengan hal itu, Duta Besar China ke Indonesia, Xie Feng menyatakan dalam kenyataannya bahawa China menentang tegas sesetengah orang Indonesia memutarbalikkan kelakuan individu dengan langkah kerajaan serta mengheboh-hebohkan sesebuah perkara dengan terlampau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China