Cari:
Kapal Ro-Ro Karam: 8 Orang Hilang di Filipina
2016-12-27 12:55:34 Agensi Berita China Cetak
14 orang anak kapal berjaya diselamatkan, namun masih terdapat 8 orang anak kapal hilang selepas kapal ro-ro yang bernama "Cahaya Bintang Atlanta" karam di perairan pulau Maricaban, pekan Tin Roy, wilayah Batangas, Filipina pada petang 26 Disember lalu.

Menurut pasukan pengawal pantai Filipina, pekan Tin Roy dilanda Taufan Nock-ten pada pukul 10.00 pagi hari itu.

Dimaklumkan, pasukan pengawal pantai Filipina berjaya menyelamatkan 25 orang anak kapal dalam satu lagi kapal ro-ro yang juga karam di perairan pekan Mabini, wilayah Batangas ketika berlakunya kejadian karam kapal ro-ro "Cahaya Bintang Atlanta".

Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) Filipina mendedahkan bahawa lebih seramai 380 ribu orang mangsa telah diatur berpindah ke beratus-ratus pusat perlindungan di seluruh negara pada ketika ini untuk mengelakkan berlakunya kematian dan kecederaan akibat Taufan Nock-ten kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China