Cari:
Thailand Tingkatkan Kewaspadaan Sempena Tahun Baharu 2017
2016-12-27 15:08:51 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kewaspadaan akan ditingkatkan di lapangan terbang Thailand untuk menghadapi kemungkinan penyusupan anasir-anasir keganasan dalam tempoh cuti Tahun Baharu yang akan datang.

Lebih 2,000 orang kakitangan berkenaan akan dihantar ke lima lapangan terbang utama di Thailand untuk membantu mengenal pasti identiti penumpang yang memasuki Thailand, antaranya termasuklah Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dan Lapangan Terbang Phuket.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Thailand, Nattorn Prohsunthorn menyatakan demikian di Bangkok pada 25 Disember lalu.

Nattorn berkata, jumlah pelancong ke Thailand mencecah 7.9 juta orang dalam tempoh 23 Disember 2015 hingga 15 Januari 2016 yang lalu. Jadi, angka ini dijangka akan meningkat ke 8 juta orang dalam tempoh cuti Tahun Baharu 2017.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China