Cari:
China, ASEAN Rayakan Ulang Tahun ke-25 Terjalinnya Hubungan Dialog
2016-12-28 11:37:37 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Siri Aktiviti Memperingati Ulang Tahun ke-25 Terjalinnya Hubungan Dialog China-ASEAN telah dirasmikan di Siem Reap, Kemboja pada 27 Disember lalu.

Pelbagai negara anggota ASEAN dimaklumkan akan bersama-sama menyambut perayaan ulang tahun tersebut melalui penganjuran simposium dan persembahan seni.

Kaunselor Jabatan Hal-Ehwal Rantau Asia Kementerian Luar China, Wang Guoping yang mewakili pihak China dalam ucapan tahniahnya menyatakan bahawa negara-negara anggota ASEAN merupakan rakan kerjasama yang penting dalam pelaksanaan inisiatif "Jalur & Laluan" (B&R). China komited untuk terus mengintensifkan kerjasama yang pragmatik dengan ASEAN dalam pelbagai bidang demi mewujudkan situasi menang-menang dan perkembangan bersama.

Negara-negara anggota ASEAN masing-masing beranggapan, China dan ASEAN yang saling menyokong dan saling mempercayai bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan serantau yang pesat, bahkan juga membuahkan hasil kerjasama yang cukup mengagumkan di rantau Asia Timur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China