Cari:
IDR, Kawasan Pembangunan Paling Pesat di Malaysia
2016-12-28 14:31:25 CRI Cetak

Menurut laporan Nanyang Siang Pau semalam, Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR) Malaysia setelah mengalami pembangunan selama sedekad, bukan sahaja telah merangsang ekonomi di negeri Johor, malah berkembang menjadi kawasan yang pembangunannya paling pesat di negara itu.

Kerajaan Malaysia dilaporkan giat mengeratkan hubungan ekonomi IDR dengan Singapura, dengan menimba pengalaman yang berkonsepkan hubungan bandar Shenzhen-Hong Kong China. Berdasarkan kedudukan geografi yang strategik, IDR kelihatan menyerlah dalam menarik pelaburan asing. Menurut angka terkini, iaitu setakat bulan November lalu, IDR telah menarik pelaburan yang terkonktrak sejumlah RM221 bilion, lebih tinggi daripada RM215 bilion yang ditetapkan sebagai matlamat tahun ini, sedangkan pelaburan yang terbayarkan mencecah 51%.

Pada Disember lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-10 penubuhan IDR menyatakan bahawa IDR yang mendapat sokongan yang berterusan dari para pelabur di dalam dan luar negara, mencipta keuntungan ekonomi yang menonjol dan menyediakan 700 ribu buah peluang pekerjaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China