Cari:
Bekas Duta Besar AS Dituduh Merancang Jatuhkan Presiden Filipina
2016-12-28 14:53:18 CRI Cetak

Bekas Duta Besar AS ke Filipina, Philip Goldberg dituduh oleh media massa untuk menjatuhkan pemerintahan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte. Speaker Dewan Perwakilan Filipina, Pantaleon Alvarez semalam menyeru parlimen untuk mengadakan siasatan terhadap perkara tersebut.

Menurut akhbar The Manila Times, Goldberg sebelum ini secara terperinci merancang menjatuhkan Duterte dan mengemukakan pelan berkenaan kepada Jabatan Negara AS. Dilaporkan lagi bahawa beliau pernah menyeru pihak berkuasa AS menundukkan Duterte sehingga menggulingkan pemerintahannya, dengan menggunakan pelbagai saluran dari segi sosial, ekonomi, politik dan diplomatik.

Alvarez menyatakan, jika tuduhan itu disabit benar, langkah Goldberg akan dilihat menjejaskan kestabilan politik dan sosioekonomi di Filipina serta hubungan kedua-dua negara. Menurutnya, sebarang tipu muslihat seumpama itu yang bertujuan untuk menjatuhkan Presiden Duterte disaki mencabul kedaulatan negara Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China