Cari:
Kemboja Siap Tubuhkan Kolej Diplomasi Negara
2016-12-29 11:23:18 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kemboja sedang membuat persiapan untuk membina kolej diplomasi yang pertama, dan Jepun dilaporkan memohon mengendalikan latihan untuk diplomat-diplomat negara itu.

Menurut akhbar The Khmer Times Kemboja, Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn ketika mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Jepun ke Kemboja yang baharu, Horinouchi Hidehisa pada 27 Disember lalu menyatakan bahawa rancangan untuk menubuhkan satu kolej diplomasi untuk memupuk bakat-bakat diplomat untuk negara itu berikutan keinginan Kemboja mahu memudahkan penglibatannya dalam pembangunan serantau bahkan seluruh dunia pada masa hadapan.

Horinouchi Hidehisa pula berkata, Jepun mengundang delegasi diplomat Kemboja mengadakan tinjauan ke Kolej Diplomasi Jepun. Selain itu, negaranya juga akan menubuhkan Konsulat di Siem Reap agar menggalakkan pelaburan syarikat-syarikat Jepun di Kemboja dan perkembangan industri pelancongan tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China