Cari:
27 Cedera dalam Letupan Bom di Leyte, Filipina
2016-12-29 13:12:50 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sekurang-kurangnya 27 orang cedera dalam letupan bom yang berlaku di satu taman di wilayah Leyte, bahagian tengah Filipina pada malam 28 Disember lalu.

Media tempatan memetik laporan pihak berkuasa wilayah Leyte sebagai berkata, kejadian letupan kali ini dilaporkan berlaku pada kira-kira pukul 9.00 malam semasa ramai orang sedang menonton pertarungan tinju di taman itu.

Bahan letupan yang digunakan dalam letupan kali ini masih belum dikenal pasti pada ketika ini.

Pihak polis tempatan juga tidak mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian letupan tersebut.

Menurut sumber berita yang lain, letupan kali ini mengakibatkan kematian mangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China